Suara kakitangan Bank Islam.
KASBI mewakili dan memperjuangkan kepentingan kakitangan Gred G1 – G3 Bank Islam Malaysia Berhad di Semenanjung Malaysia melalui rundingan, khidmat nasihat dan latihan.
Kesatuan sekerja yang berdaftar
Didaftarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia dan diiktiraf untuk mewakili kakitangan Bank Islam Malaysia Berhad yang layak menjadi ahli.
- Nombor pendaftaran
- 1296
- Tarikh pendaftaran
- 31 Mac 2026
- Pihak berkuasa pendaftaran
- Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia
- Kakitangan yang diwakili
- Gred G1 – G3, Bank Islam Malaysia Berhad
Pengenalan
KASBI ialah Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Islam Malaysia Berhad, Semenanjung Malaysia.
Sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan khusus untuk mewakili dan memperjuangkan kepentingan kakitangan Bank Islam yang layak menjadi ahli. Kami menjadi saluran rasmi antara kakitangan dan pihak pengurusan, memastikan setiap suara didengar dan setiap hak dipelihara.
Servis
KASBI menjalankan segala khidmat dan fungsi sebagai sebuah kesatuan sekerja yang berdaftar.
-
Sesi rundingan
Mewakili ahli dalam rundingan dengan pihak pengurusan berkaitan terma dan syarat perkhidmatan, kebajikan serta persekitaran kerja.
-
Khidmat nasihat
Panduan dan sokongan kepada ahli mengenai hak pekerja, tatacara di tempat kerja dan isu perhubungan perusahaan.
-
Latihan
Program latihan dan pendidikan kesatuan untuk memperkasa ahli dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan.